That's Me!!

That's Me!!
! know What ! am

SometHing Tentang D!r!ku..

My photo
segar amat!!, PeraK + Johor, Malaysia
namaku ain amalina bt hussin..korang leh call me nina or ain...aku nie kuat mrantau n suka berkwn...ak berasl dari perak penah bersekolah di kedah then further study kat segamat johor..if korang nk kwn gan ak juz find me kat lam fc,ms ker or kat ims johor..

Thursday, December 10, 2009

Di SEbalik terciptanya Perempuan dari Rusuk Lelaki


Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan

Sunday, October 18, 2009

Rindu.....

dalam kesibukan belajar di uitm ....ak teringat n rindu sangat2 kat mak n ayah kat umah...
teringin sangat nak balik this week...
but...i know that if ak balik msti ak x study...
and 1 ag journey dari cni ke umah amik masa pegi n balik dlm satu ari..
ak rasa x berbaloi utk ak balik utk cuti yg sementara nie...
ntah la sebelum nie if roomate ak balik ak tinggal sorang2 jer...
nak kata takot x la sangat coz dah biasa but if sunyi tu memang la ada
and x tahu nak wat ap2 sorang...
untk hilang rindu yg terpendam nie..
ak cuba sibuk kan diri gan assignment study and ap2 aktiviti la....
waktu cuti yg lepas ri2 akpada malm 1st ak tinggal sorang lam bilik..
disebabkan ada test n dinner ak sanggup x balik....
pada petang tu elektrik terputus...pas dengan presentation gan pn rashidah kitaorg kuar g bandar segamat....
pada asalnya just nak jalan2 tapi disebabkan kelaparan kitaorg g mkn kat mb jer...
pastu g karoake...wah gan sape tu secret la...sgan la nak hilangkan tension jer...
pas jer balik ak ciap2 nak g dinner jpam kat dsp..
mmm seb bek baju dah iron just tinggal cari tudung jer...
kwn ak yg bek ati zana dak cs kasi pinjam selendang dy..wah matching giler...
penat gak ar..pas balik kitaorg zana,ku,kak thia mlantak ar ap yg ak bawak balik dari dinner...
suma lepak kat bilik k.thia...(akak diim part3)
mm nak tau x kitaorg bukan nya rapat sgt b4 nie..tiap2 leh jadi stu pale...
bilik2 riuh giler gan kitaorg berempat...
adoi pas2 bukan nak study tapi tgk movie...
lam hard disk k.thia byk gila movie x tahu nak tgk yg mana...
borak punya borak dah sampai kul 3 pagi..masing2 dah penat..
ak penat coz kwn ramai plak yg col...adoi diorg bising bangat macam lam pasar jer...
lastly suma tidow..

Saturday, October 10, 2009

+@PeRkaD..2009.."#

gan komander jpam..


pada 4 0ctober yg lalu...jam 7 pagi suma pelajar part1 especiallynya bergerak kuar dari kolej masing2 menuju ke padang berhampiran dgn kolej baiduri
pada kebiasaannya di ujung minggu student akn abis kan masa tido n rehat di bilik tapi tidak pada minggu lpas..
perkad ini sepatutnya wat sebelum raya lagi tapi disebabkan pykit h1n1 myerah satu dunia aktiviti ini ditangguhkan..maka 4 okt la mnjdi pganti hari2 sebelum ni...
banyak acara dipertandingkan iaitu:-
** rempuh halangan
para kontigen mghantar satu pasikan sahaja..
terdiri drpd siswa2 yg macho,susuk bdn yg agk ok ar..
x berat sgt n x gemuk kerana ACARA ni perlu daya n kekuatan yg kuat utk memanjat tembok..
setiap sorg diperuntukan satu beg beban di belakang..
apa yg ad dlm tu x tahu la plak...

** jalan lasak
nie x ksh campur jer siswa n siswi..
agak jauh juga diorg berjalan and ada brg yg perlu dibawa dlm stu pasukan..
masa yg terpantas sampai dikira pemenang..

**explorasi jejak jengking
explorace ar..g ke check point n ke check point yg lain..
**merentas desa
acara ni la yg menjdi tumpuan suma siswa n siswi n acara favourite..
iaitu berjalan2 makan angin di dlm kampus..
-dari pdg di kwsn baiduri terus berjalan ke berlari ke sempana riau untk mgmbil gtah..hahaha
n turun bukit melalui kwsn sri laksamana panjat bukit terus ker kolej sektor B iaitu melalui INTAn, ZAMRUD, SEMPANA ALAM BUANA n ke SI MANJA KINI..kemudian ke pos pgwal dan terus ke pintu dpn uitm pusing adan berakhir di tmpatnya bermula...agak jauh di situ ya..
apa yg best kami suma berjalan2 n berlari mcm kanak2..mana x baju suma warna warni beb.
kesatria:-
ALPHA : merah
BRAVO : blue balck
CHARLIE: kuning cair
DELTA : hijau
ECHO : ungu
JPAM : oren
BPC : putih + merah
BOMBA : maroon
BRASS BAND : putih

selepas berakhirnya rempuh halangan kami di benarkan balik utk rehat..

pada pukul 4 ptg diadakan acara penutup di dataran sri bendahara...
suma kontigen bergerak masuk ke dataran dgn kms kot?? mcm hampeh beselerak nak mampos..


suma diketuai oleh komander masing2 ar..

pyampaian hadiah di sampaikan oleh sapa ntah x igt n satu lagi x nampaak coz dok blkg..

secara keseluruhan echo mendapatkan hadiah yg byk dari suma acara yg dipertandingkan..

untk ak jpam mdpt tmpt ke2 dlm jln lasak n rempuh hlgn..ad gak ar sorg wakil dari merentas desa n explorace di tmpat ke 10..hhehehe



masa tunggu untk pegerkan masuk lam dataran...














MY bez FRenz..frenz 4eva. 4 SEKAWAN..

dari kiri ak(nina), tasya, aida n kella

salaam to all my friend that read my posts...
in that post i want to tell about my beloved friends that i have..

i have 4 best frenz from sekolah rendah until now..
aq syg bangat kat diorg coz banyak tlg ak n bagi ak hepi..

kitaorg nie from sek rendah lagi berkwn baik sejak main handball n netball sama n x lupa hockey...

antara kitaorg berempat ak lah paling rendah tapi bila dah abis sek skunk dah bertukar org..

first skali nama dy nur aida azreen adzhar..atau dikenali sbagi aida..
dy nie macuk sek rndah waktu darjah 6..sama kelas gan ak iaitu kelas 6 anggerik..
dy nie dak shah alam pastu baru pindah kat tempat ak...
ak igt sombong ke ap kan..bila kenal fulamak gila2 beb...

2nd kwn ak nama nezlin natasha.. kitaorg panggil lin or tasya..
dy nie memang asal org sana so dari darjah1 sek sama gan ak cuma lain2 kelas jer..

last sekali nor syakela ibrahim..or kella
dy sama kelas gan ak n aida..just tasya jer klas lain..
tapi ap2 pun kitaorg ttp bersama where ktaorg g...
dy nie mmg pro bab sukan..suma dy sapu abis..
atlet sekolah n olahragawati sekolah yg dikenali suma org lam sek ak tu..




dari tepi ak,kella n aida..masa ni gan lepak2 kat tepy laut..alamak tasya mana??dy yg amik gmbr..hahaha



hag ada pun si dak tasya nie..yg tepy tu ak gan aida..

kisahnya ialah....

kat sek rendah dulu kitaorg sma berjuang men handball wakil perak..
then pas jer upsr n mcuk sek men jadi len plak..
nek form1 ak x bersukan n tggal la diorg 3 jer..
gpun antara kami 4 org ak kls yg 1st ar amik arab..

diorg igt ak akn singkirkan diorg if ak kls ats..sory ar kwn ttp kwn x kira la dy tu sapa right??
ak selalu lepak2 n still bhubung gan diorg...
masa ari sukan jer kitaorg berempat akn wat team 4 group ar 4 by 2 ke ap ker...

waktu form 2 diorg pjuk ajak ak men balik,,,that ak pun join men handball n netball..so sama2 la wakil daerah..coach yg latih kitaorg pun tahu yg kitaorg dari sek rndah ag bersama2..hehe
pas jer pmr..result masing2 lain..

ak dapat kls pure sains yg diorg kelas sastera..
yg bestnya ak nie rapat gan suma dak lam sek especially dak sama batch..lam batch ak..ak sorang jer nama ain...ak bercampur gan dak kls ats n hujung...

tapi ak decide nak g teknik...
after g tknik byk benda berubah...
sesuatu terjdi antara kami...disbbkan ak jauh diorg bertiga jrg lagi bersama..
selalu berlaku slh faham antra satu sama lain..
tapi bila ak cuti n balik umah ak akn melawat kwn2 ak..plbagai mslah ak dgar..kdg2 pening pun ad..cni ckp lain sana ckap lain..mana yg btol pun x tau..ak jdi yg tgh2..dua2 ak sokong..
ap2 pun diorg still lyn ak mcm dulu even ak dah g mrantau ke sekolah lain...

tup2 dah spm..pas jer spm ak amik lesen keta..diorg plak g tournment handball kat ipoh..
ak dah lama tgal kan handball so ak x join diorg..
pas2 ak bekerja..masing2 bekerja cari duit poket sendiri ar..
ak gan aida keja kat tmpt yg sama jadi kerani kat pusat tuisyen..
kella plak kat hospital jadi ap ak dah lupa coz ikot kakak dy kat penang..
n tasya lak kat umah jer untk jdi adk dy coz 2 hari sebelum raya waktu tahun lepas mak dy meninggal dunia akibat barah usus...
disebabkan dy anak perempuan yg sulung perlu la uruskan hal dalam umah..

pas sibuk gan hal masing2 kami sempat jugak berjumpa ttpi amat jarang..
tiba lah bulan 6 masing2 dah dapat panggilan dari mana2 ipt n ipts..aida n tasya sambung form jer n coz sastera n kella decide utk x lagi smbg bljar..keadaan fmly x mmbenarkan dy study n jugak maybe dy lbh berminat utk bersukan...

ak juga sekali lagi pergi mrantau jauh dari mereka iaitu dimana sekarang ak berada iaitu uitm segamat,johor...apabila ak balik jer cuti kwn2 ak akn tunggu ak..diorgak ajk ak kuar bersama2..





nie ak gan kella otw nak g umah aida n tasya..hehehe rempit...



nie kat umah pkwe aida,wan..tasya gan aida ar tu...


pada raya tahun ini lah detik yg paling indah sekali iaitu kami berempat dpt berkumpul n beraya bersama2...sebelum nie x penah pun bkumpul wkt raya ad jer yg x free...
perangai yg agak gila kami suma gembira..setiap masa dipenuhi dgn glak ketawa kwn2...
ak sayang sgt n rindu bangat kat diorg suma..insyallah ak akn kmbali berjumpa lagi...

Saturday, October 3, 2009

MeLaka Mari!!!

ari selasa lepas lepas jer kelas kwn2 ak decide nak g wat ic..konon nyer nak g bandar segamat jer ar..
tup tup...ubah fikiran nak g melaka lak gara2 ic punya pasal...
lau nak tau kat melaka 2jam dah leh ciap tp kat segamat seminggu beb...
cita die bermula cam nie...
al kisah 2 rakan baik nie si maira n fatin nak wat ic coz ic diorg dah teruk.
cadangnya diorg nak g bertiga gan nana tapi ak sibuk2 nak ikut...
ak igt nak g segamat jer save bajet ckit...
tapi tiba2 cakap g melaka ak pun ok jer la nak nek bas la konon...
tup2 ak bg cdgan apa kata kita nek keta..so kitaorg pun contact ar kwn kitaorg yg ad keta..so dy on kasi pinjam ap lagi on jer ar...
dari atm b.islam kitaorg jln g ts semata2 nak amik kunci keta n then g kat keta kat blok I..
jauh gila..tapi disebabkan keta kitaorg sanggup...
sesampi jer kat keta ak pun drive ar kuar dari uitm...
pejalanan yg jauh gak ar...
keta yang ak drive ni keta myvi jer warna kelabu..ncd50
yahooo kitaorg berpesta ar lam keta...
lepas jer sejam kitaorg sampai melaka.....spnjg pejlnan ak kusyuk tgk sekeliling..wah cantik gak...
maklum la ist time drive sendiri kat bandar melaka yg bersejarah nih..
maira yg dok belakang keja nak ajak g zoo jer...ak x tau la ap yg besh kat c2..hehe
ist sekali kami p temapt wat ic iaitu jbtn pdftran ngara la..
yg ak kagum kat kwsan situ suma jabatan ad...so senang ar x payah p merata-rata...
wat ic amik masa agak lama..kami sampai dah dkat kul 1..last sekali selesai kul 2 lbih ar..
sementara nak tunggu ic ciap kami p bejalan2 kat dp..dataran pahlawan...sebelom tu p pejabat pos nak beli setem hasil utk ptptn ujung minggu nie..........
diorg ad ar nak cari brg ckit..tapi ak yg x nak beli pape dah terbeli...adoi lesap dwit ak ar...
dok asyik leka shopping lupa yg dah time amik ic.....
bawa keta laju gak ar...coz jauh dari dp nak p sana....huh penat giler..
tgk2 seb bek x tutup ag kami pun org dah x da...
akhirnya misi kami pun terlaksana...
then kitaorg decide x balik ri2 coz ak x berani nak drive mlm2..gpun jln kat tgkak2..faham2 je ar menakutkan...
pas tu ak ajak diorg g kedai member ak kat batu berendam...fuh lamak makan free...kdai kopitiam...kenyang giler...
huhu dah magrib kami pun bertolak ke rumah nenek fatin di padang temu..
kami berehat di situ...seleps isyak kami kuar berjaln2 di melaka bersama someone iaitu gg pkwe nana...dy bawa kami ronda2 melaka...
kami dijemput khas oleh makcik fatin p makan kat chicken rice..
yg bestnya yg p suma dah kenyang..tgk2 yg mai punya la byk makanan..
ak dah la lama x makn my favourite..akhirnya dapat jugak ak habiskan ap yg patut..
lau nak tau kitaorg makan smapi kedai2 nak tutp dah..hehehe
last kali kami p fun fair..fuh lamak ak gan maira nek ap benda ntah tapi tinggi la..hehe yg len dok men dapat anak patung jer...
kami pun balik dah dkat kul 1...
soknya ak kena drive balik segamat awal2 pagi pas subuh coz ad kelas plak pagi2...
walaupun penat ak enjoy gan trip nih.....
last sekali kami p fun fair meh game..p sat ja coz dah lewat..




Sunday, September 27, 2009

RayE oh Rayer...

tahun nie ak beraya di umah untk raya 1st n 2nd...

raya tahun nie nak katakan besh x dak la sngat macam besa jer...

bab psiapan raye simple jer...cuma ad ar last minute shopping dan kwn ak maklum la tahun nie
baru dye balik raye so dy ar bayar kan...ada la dapat duit raye dari dy coz dy keja dah...haha
malam raya baru la sibuk2 isi kuih lam bekas tlg2 mak di dapur n x lupa plak iron baju ar..haha

yg beshnyer malam raya aku dan abg ak wat satu projek iaitu tunjuk bakat masing2 ar..

bila kitaorg di dapur memang tunggang langgang la jadinyer...
projek dy ialah wat kek...

sory x dapat nak tunjuk gmbar abg ak lam nie coz dy nak privacy ckit.heheh
i2 cita malam raye ni plak pagi2 raye...


pas sembahyang raye ak pun mula ciap2 pakai jer baju yang ada.. pas2 ap lagi amik photo la..ciap posing lagi kami adik beradik..



nie abg ak..tiap2 kali rayer msti baju melayu dy x matching gan kitaorg..

nie adik ak yg bawah ak...

hag si kecik nie adik ak yang last yang paling nakal setiap kali bulan pose ad jer yang x kena..tahun ni kaki kena jahit tahun lepas jari hantu belah kiri patah..pas ni ak x tau la plak..

hehe sapa nie>>?? ni nina la...tuan punya blog..hik3

2 suma adik beradik ak..gmbar parent 2nggu dan lihat ar t..

ni baru kisah ak n adk beradik jer..2nggu je yg next kish ak n geng n kwn2 ak di sana...


-**17 September 2009**@-balik kamPung!!


pada tarikh ini lah ak kembali pulang ke kampung halaman..

tapi yang x besh nyer tiket nak balik malam...so pagi2 and malam bfore2 ak sorang2 jer..

roomate ak dah balik..borik gler...tp seb bek assignment yg teman ak.
balik pd ari khamis2 ak pagi2 kuar g antaq assignment..pas2 g mghabiskan masa kat library..

tup tup dah petang..alamak cuaca wat hal lak..
ujan lebat do..ak pening dok pk cam na nak usung brg2 lam ujan cam nie..

hari tu sunyi sangat coz dah ramai yang balik..

wing 3a yg lekang msa minggu balik kampung maklum la dah nak raya...


huhu ada bape org jer lagi yg tinggal..sunyi bangat...

sampai la kul 5 ptg macam2 ak kuar dari bilik 313A utk pulang ke kg....
banyak gak ar bawa balik barang..3 beg iaitu beg laptop, handbag n beg roda..

dRI level 3 nie ak angkut sorang2 turun ke bawah..penat siot paham2 la tangga jer ne ad lift..

lama gak ar nak turn pas2 tunggu kwn2 kat pndok pgwl dkat gan uptown..diorang ag jauh coz
dok zamrud..disebabkan ujan lebat diorng kena jelajah intan dulu baru la sampai...

lama punya 2nggu diorang smpay gan muka seposen nyer dah ar lmbat boleh glak2 pulang,,,

pas2 kami bertiga pun bjlan la smpai ke phentian bas n jumpa ag lagi kwn yg nak balik sekali..

nak ikutkan ati x nak nek bas kuning maklum la byk brg tapi dah tu jer yg ad terpaksa gak ar...

naek punye nek bas penuh tapi seb bek dtg tmpat duduk...

sesampai kami ke phentian bas segmat..wahhh banyak giler bas..:) nama pun hentian bas kan,,haha

1st sekali kat c2 kami g ats menemani upin g beli mknan buka coz die kna nek bas kul 6..sok buka lam bas ar..yg kami berempat still lepak ag coz kul 8 baru gerak...

pas antaq n tgk upin nek bas baru kami ke restoran ke gerai kat ats stesen bas untk mnggu waktu berbuka...

kami pun pilih salah satu kdai untk buka pose...jeng2 kami terjumpa sorang mamat nie yg mrupakan classmate gak la dak e6...nama die din..apa lagi just join dy ar..teman dy coz sorang2 jer cian gak ak tgk dy..tapi dy lyn laptop glak sorg2 lagi la...

borak punya borak sampai la mknan dah smpai pun x sdar....pas bebuka kami pun tunggu bas..

bas sampai on time 2 yg ak suka..ati nak x nak jer balik..

nak katakan kat c2 penuh x da sgt besa jer..tapi yg ramai abg2 encem jpj...hehe



perhentian segamat yg dikunjungi n jadi tumpuan dak2 uitm majoriti apbila musim balik kg..

wanie, elyn gan ak sma2 nak balik perak..

wah2 baik punye posing elyn...menanti kdtgan bas dgn penuh ksbran...mana la bas nie..lambat tol.,,,

sekarang tiba waktu nak nek bas...diorg x sbar tol nak nek bas..bygkan bas lom ag bukak dah 2nggu dpn pintu bas..besa la masing2 excited nak balik... tiba lam bas hanya ad 7 org ja.. yg len nek kat melaka..ap lagi melalak ar...
yg lawaknyer suma dok depan....maklumla nak teman driver....


ak lam bas dok gan si mamat nie..belly coz kami 4 org ja pun..

nie lak elyn gan wanie dok kerusi depan ak...



ak lam bas cepat express nak nalik perak..lbih kurang 10 jam dok lam ni baru sampy..

alhamdulilah selepas 8 jam pjlnan kami tiba la di ipoh..elyn, wanie n belly pun blah ar..tinggal

ak jer sorang2 lam bas...tmpat ak jauh lagi...

tepat kul 5.30 pagi ak sampai di perhentian bukit merah..ak turun di c2 untk mnuggu mak ak

amik la...fuh lamak ramai giler..penuh siot maklum la masing2 nak sahur..

k la tamat sudah cita ak pjlanan pulang ke kg...














Thursday, September 10, 2009

5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.Antaranya :



PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA



Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.




KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA



Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.




KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA



Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.




KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR



Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)




KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA



Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.




Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr.Yusuf Al-Qardhawi)

Sunday, September 6, 2009

Sebarkanlah salammu..

Wahai teman
sekalian...sebarkanlah
salammu, kepada
saudara muslimmu...
dengan mengucapkan
" Assalamu'alaikum"..maka
tercatatlah satu kebajikan
dalam kehidupan seharian kita.
Dari Abu Hurairah radhi-
yallahu'anhu berkata bahwa'
Rasulullah shallal-lahu'alaihi
wasallam bersabda:

Tidak mahukah kita mendoakan
kesejahteraan hidup sesama kita?
Secara tidak lansung, kita dapat
merapatkan jurang antara kita...

Maka berilah salam dan jawablah
salam yang diberi. betapa indahnya


Islam, mendidik ummatnya agar
saling mendoakan kesejahteraan
hidup sesama muslim dan

menjaga hak sesama
kita......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



SEmpena Bulan Posa NAk Citer Ckit ALAsan Org X Posa

Gastrik
-# ini lah alasan paling popular dulu, skunk dan selamonya..
pado hal skunk ni dah ad ubat pun..diorg ni amik ksempatan jer..

-# Tak Sahur
Kononnya kalau x sahur perut leh tahan lapor.. benda nie gara2 dok lpak2 dan tido lambat..dah tau tidok lwt makan la ciap2..ap la pastu nak slh kan org dy x bgun sahur..

-#Lupa
saja wat lupa atau mls nak posa..mklum la nak pose ni byk hal btul padahal satu dunia dah tahu bilo nak mula pose...

-# Tidur
bulan pose nie suma org suka tido kalau boleh atu ari memanjang jer tido...sampai x sdar dah berbuka..selalu nya lau tido makruh pose..lau macam2 bek x yah pose

-# Tak Cukup Umo..
ni alasan yg paling ngada2 la..umo dah lanjut pun kata x ckup ag..ish2 ap nak jdi gan bdak zaman skunk..asyik nak skip jer..

-# Kerja Teruk..
ni gara keja berat la ni..cam student kat cni keja berat dye assignment ar x pun perah otak giler2 untuk test or quiz...hehe tapi x dak ar sampai ponteng pose kot..

-# lastly tak Sengaja
seperti terkorek taik idung atau maso mandy terminum air..
iyo la dah tau x sngja x pe ar..ni tgk2 dah makn nasik kat blkg..ish2 dalam diam2 ada gak keja dy wat..

Kemaafan daripada hambaMu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Salam kemaafan dari insan yang jauh moga kawan2 memaafi sgala kesalahan selama kita berkwan........

SALAM lebaran utk semua....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Selamat Menyambut Bulan Syawal Yg akan Tiba tak Lama Lagi..
MAaf Zahir Batin...

Kesabaran ada hikmah disebaliknYa..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

`*7 ways to Improve Your Relationship with the Qur'an!#

1. Before you touch it, check your heart.The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.
2. Do your Wudu (ablution).Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.
3. Read at least 5 minutes everyday.Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
4. Make sure you understand what you’ve read.Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.
5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
6. Don’t just read; listen too.There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.
7. Make Dua (supplication).Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.
p/s:copied from Facebook:I'm Muslim & I'm Proud

AWAS DISERANG VIRUS!!!

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan.
Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

Suatu kisah...


semalam ku lihat sepasang kekasih..
berjalan bersama,
bergelak ketawa..
mesra..
ibarat pasangan yang halal hubungannya...
terlalu lama berendam dosa..i
barat kelupaan batas yang dinyta...
Allah amat mencintai hambaNya...
membuka pintu hati yang telah ternoda..
dengan godaan syaitan yang durjana...
si gadis duduk terpaku...
membayang dosa2 silam...
"awak...jom kita berubah..
jgn mcm ni lagi..
sy tak nak hubungan yang macam ni...
"pasangan hanya membatu...
melihat tepat pada wajah yang sayu..
wajah yang telah menghuni tidur malamnya..
"syg rasa kita ni boleh berubah ke??sy tak yakin..
kita selalu jumpa.perubahan tu tak kan kemana..
"gadis tertunduk lesu..
"tapi kita kena berusaha...
kita tak payah jumpa selalu.sy takut..
takut dengan Allah, takut dengan dosa..
""tak rindu dengan belaian sy?""sy jauh merindui belaian Tuhan yang dah makin sy tinggalkan...
""dahlah syg,tak payah berangan nk berubah...
hubungan kita ni ok je..
sy tak nampak apa pun msalahnya..dapat ke syg tak jumpa sy??
sy rasa tak..
syg mesti rindukan sy..
jadi usaha syg tu membazir je..dah jgn nak beratkan kepala lagi..
"gadis termenung sendiri...
wajarkah aku bersamanya lagi??
insan yang aku harap membantu ku ke jalan yang lebih baik..
sebaliknya...
aku perlukan perubahan..
aku mencintai ILLAHI lebih darinya...
DIA mencintaiku lebih dari cinta manusia yang penuh nafsu..
YA ALLAH..terima kasih kerana menyedarkan ku..
dari lembah yang hina ini..
terima kasih kerana memberi ku kekuatan diri...
untuk menjadi hamba mu yang sejati..
si gadis berlalu pergi...
meninggalkan insan yang pernah bertakhta di hati...
kerana cintanya kini hanya untuk ILLAHI..
tidak setitis pun air mata jatuh ke bumi..
kerana kekuatan hati untuk pergi..
walau kekasih melambai memanggil kembali...
inilah kisah yang terjadi...
ku lihat kuasaNYA membuka kembali...
hati yang leka kepadaNYA..betapa cinta pada hamba....
besarnya nikmat mu Allah..
dan lelaki...
masih hanyut dengan duniawi...
cuba mengapai cinta si gadis...
yang telah berpaling untuk ILLAHI...

# PAnTun MAt!%

Pisang emas bawa naik flight,
Masak sebiji di atas peti;
Kalau hidup semua benda nak fight,
Tunggu tengok apa cerita bila mati.
Tanam pinang rapat2,
Biar puyuh x boleh cabut;
Bab tobat semua x nak cepat,
Nak tunggu nafas dah sangkut-sangkut.
Dua tiga kucing running,
Mana nak sama si rimau belang;
Hukum agama semuanya pening,
MAsuk kubur nanti siap korang.
Row,row,row your boat,
Gently down the stream;
Ajal sampai takde sape nak cabut,
Kan dah tertulis dalam al Quranul Karim.
Buah cempedak di luar gate,
Ambil galah belasah jiran;
Dalam kubur banyak benda nak gigit,
Itu le hidup dulu tan nak baca Quran....

PERKARA YANG KORANG X LUPA BUAT DI BULAN PUASA

*Mintak cuti panjang2..wat surat la apa la...kalau boleh 1 bulan nak raya

*Beli tiket balik kampung, kalau beli last minit kompom kena raya kat segamat nie..korang nie satu hal gak ar beli tiket awl and abis pun tarikh awl2 so ada gak amik ksempatan skip kelas.. lecturer yg x ksh x pe..lau yg straight tu abis la lau test last2 minute...

* mengunci alarm jam henpon atau jam meja lebih kurang sekitar jam 4 pagi untuk bangkitkan sahur.. kalau kat cni bukannya kul4 tapi kul 5 n lbih2...bab kejutkan kadang pesan jer gan roomate x pun dak2 wing kejut ketukkan pintu...dak2 boy slalu diorg akn tido pas sahur coz pyh bangun..liat la almaklum..x pun ada la yg pesan2 kat kwn gurl or gf diorg kjutkan...

* setiap ari mghitung berapa hari lagi nak puasa nak abis..diorg hitung coz x sabar nak raya and satu ag nak cuti...

*dah jadi trend kat cni bila jer bulan pose ramai ar kuarkan bakat yg terpendam..tau x ap?? bakal jadi salesman or woman ar...mentang2 ad cost business..x ckup gan kat bazar diorg wat trip dari stau bilik ke bilik...yg paling banyak iklan2 kat notice board...x abis2 kuih raya..tudung,baju and mcm2 ar...bab kat bazar x yah cakap ar...org yg sama jer dari awl ramadhan sampi abis kot..mknan pun dah jemu n x tahu nak mkn ap...so pk2 kan la menu2 setiap hari menu yg berbeza baru ada umph...

*x lupa gak mencari buah kurma untuk berkat buka pose la...bagi ak kurma ak import dari umah ar..kat cni x tahu nak beli jnis yg mcm mana...hehe ap2 before buka elok lah mkn kurma dulu...

* zaman dah maju teknologi dah canggih..dekat2 nak raya nie ada jer yg memekak buka lagu lagu x kira ar pagi petang subur tgh mlm pagi2 buta..besa ar duk jauh gan family exticed sgt nak balik raya...satu ag... kalau boleh suma henpon tukar lagu raya...

*last sekali yg selalu korang mls sgt nak wat bulan pose iaitu terawih ar..ada jer alsan nak kasi..itu la ini la gara2 x nk g terawih..

Friday, September 4, 2009

Tudung Labuh Vs. Tudung 3 Segi



Isu kewajiban pemakaian tudung sememangnya tidak terdapat di dalam Al-Quran dan ia bukanlah suatu fakta yang janggal.Terkejut bukan?Ini adalah kerana apa yang termaktub di dalam Al-Quran adalah perintah dari Allah Azza Wa Jalla untuk menutup keseluruhan aurat baik bagi lelaki mahupun wanita apabila sampai akil baligh.Dikeutarakan kepada saya isu berkenaan berbagai jenis cara pemakaian muslimah zaman ini sehingga wujud perasaan prasangka dan salah faham di kalangan masyarakat kini yang harus diperbetulkan.Isu berkenaan sama ada tudung labuh atau tudung tiga segi sebagai pemakaian muslimah sebenar adalah satu perkara yang kecil kerana konteks perbincangan pemakaian muslimah sejati adalah lebih luas dari itu.

Pemakaian tudung mula mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada tahun 1970-an sewaktu filem hitam putih mula dimainkan di panggung-panggung dan televisyen-televisyen.Lakonan aktres berselendang zaman itu memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling walaupun cara penutupan aurat yang kurang sempurna tersebut lebih menfokuskan kepada fesyen menutup jambul depan yang sememangnya tidak menepati konsep penutupan aurat dalam Islam.

Pada tahun 1990-an pula masyarakat sekelilng telah lebih terdedah dengan ajaran Islam, satu tranformasi dalam pemakaian tudung berlaku dengan wujudnya berbagai jenis dan fesyen bertudung sehinggalah wanita muslimah yang bertudung tidak lagi kelihatan janggal oleh masyarakat.Saya masih ingat beberapa tahun dulu apabila fesyen tudung yang pelbagai hangat menjadi bualan masyarakat bermual dengan tudung Bienda,kemudian beralih kepada tudung Wardina sehinggalah ke era populariti tudung Mawi yang hangat di pasaran.

Ini adalah beberapa contoh perkembangan isu tudung yang boleh kita lihat di negara ini,dan tidaklah menjadi kesalahan bagi muslimah untuk mengenakan tudung yang bergaya kerana sememangnya menjadi fitrah manusia menyukai sesuatu yang cantik, cuma apa yang menjadi persoalan kini ialah sejauh mana penghayatan kewajiban menutup aurat ini diselarikan dengan era transformasi fesyen bertudung tersebut?

Kewajiban menutup aurat diketahui dan diimani setiap muslim hatta sejauh mana jua lemahnya iman seseorang itu.Apa yang menjadi persoalan kini ialah cara penutupan aurat tersebut yang menjadi pertikaian dan salah faham di kalangan beberapa pihak.Kewajiban menutup aurat jelas melalui firman Allah yang jelas:-

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Tidaklah sukar untuk memahami ayat di atas,sudah terang lagi bersuluh apabila firman Allah di atas meyatakan kepentingan menutup aurat tanpa mengkhususkan apa-apa mekanisma dalam melaksanakannya maka jilbab atau tudung khususnya di Malaysia dijadikan pilihan wanita Muslimah untuk melaksanakan kewajiban tersebut dan terpelihara daripada menjadi punca gangguan atau penyakit hati orang lelaki. Yang dimaksudkan dengan ayat (24:31) adalah bahawa para wanita hendaklah menutupkan (dengan) tudung ke kepalanya, lehernya dan dadanya dan segala barang keindahan dan perhiasan yang mereka pakai. Al-Khimar, plural ialah al-Khumur, ialah sesuatu yang dipakai atas kepala, dan bukannya di bahu. Dalam bahasa Melayu, ia boleh dibezakan antara "tudung" dan "selendang". Bagi mereka yang berfikiran liberal sememangnya isu ini dijadikan pertikaian dengan mempersoalkan bahawa muslimah yang bertudung ada juga yang diganggu maupun diperkosa.Maka jawapan saya bagi permasalahan ini ialah berdasarkan maka Firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 59.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin: “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Tidaklah seseorang itu diganggu jika aurat mereka ditutup dengan sempurna seperti mana mengikut kehendak Rabb yang menciptakanNya.Perkara ini berlaku juga kerana pakaian muslimah kini kebanyakannya tidak lebih hanya untuk perhiasan dan tatapan umum semata,hatta aurat mereka telahpun ditutup sempurna,masih ada kriteria pemakaian yang tidak dipenuhi menjadi faktor kepada gangguan tersebut. Ini tidak menjadi lesen untuk mereka memperlihatkan perhiasan luaran mereka kerana telah termaktub bahawa “Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka.” Secara umum kandungan ayat ini juga mencakup pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum laki-laki melirikkan pandangan kepadanya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 33 :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti oang-orang jahiliyah.”

Juga berdasarkan sabda Nabi :

“Ada tida golongan yang tidak akan ditanya yaitu, seorang laki-laki yang meninggalkan jamaah kaum muslimin dan mendurhakai imamnya (penguasa) serta meninggal dalam keadaan durhaka, seorang budak wanita atau laki-laki yang melarikan diri (dari tuannya) lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya, padahal suaminya telah mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia bertabarruj. Ketiganya itu tidak akan ditanya.”
(Ahmad VI/19; Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad).

Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan syahwat laki-laki.
(Fathul Bayan VII/19).

Dapat kita lihat dari permasalahan ini bahawa konteks menutup aurat ini harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-



1.Tudung Mickey Mouse
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung See Through
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul
-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung Singlet
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna yang boleh kita lihat di kalangan muslimah yang perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.

Wujud juga muslimah yang keluar daripada bilik atau rumah mereka dengan mengenakan wangi-wangian yang berlebihan sehingga dapat menarik perhatian orang ramai terutamanya lelaki sedangkan larangan dalam hal ini telahpun jelas.

Dari Abu Musa Al-Asyari bahwasannya ia berkata : Rasulullah bersabda : “Siapapun wanita yang memakai wewangian, lalu ia melewati kaum laki-laki agar mereka mendapatkan baunya, maka ia adalah pezina.”
(Al-Hakim II/396 dan disepakati oleh Adz-Dzahabi).

Lihatlah betapa kerasnya ancaman dari baginda s.a.w dalam hal ini,jika amaran tegas dari baginda s.a.w menegah pemakaian wangi-wangian oleh muslimah apabila ingin ke masjid apetah lagi jika keluar dari rumah atas sebab lain yang menyebabkan terpaksa melewati yang bukan mahram.Jika persoalan timbul di kalangan muslimah bau wangian yg tidak keterlaluan, dibenarkan atau tidak.Hendaklah kita merujuk semula kepada hadith-hadith yang berkaitan dengannya.Saya tidak menafikan banyak hadith-hadith menunujukkan petunjuk yang jelas bahawa baginda s.a.w sendiri sukakan wangi-wangian antaranya ialah:-


"Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya."
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa'i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Tetapi perlulah diketahui bahawa hadith di atas adalah terlalu umum untuk dibandingkan hadith-hadith yang khusus menyatakan muslimah tidak sepaptunya keluar dengan memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut)."
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Daripada hadith di atas jelas jika pergi ke masjid pun telah dilarang memakai wangi-wangi apetah lagi keluar berjalan-jalan dan sebagainya.Contohnya di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yakni arahan dari Allah S.W.T bahawa kita dilarang menyebut ‘ah’ pada kedua ibu bapa maka maksud lainnya ialah apetah lagi jika kita memarahi atau memukul kedua ibu bapa.Maka larangan memukul atau memarahi parents adalah lebih keras.Begitu juga dengan contoh di atas.Sememangnya ia satu hokum yang agak berat dirasakan muslimah kini tetapi perlaksanaannya memerlukan ketaqwaan yang jelas dalam mengikuti perintah Allah dan Rasul s.a.w.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Larangan iniu tidaklah hanya diaplikasi kepada kaum muslimah sahaja hatta kaum muslimin yang memakai wangi-wangian yang boleh menyebabakn orang ramai tertarik dengannya juga mendapat ancaman yang sam daripada hadith-hadith di atas kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan fitnah.

Bagi pemakaian deodorant atau bedak ia mestilah dibezakan dengan jelas tentang pemakain ketiga-tiga jenis tersebut baik wangi-wangian (perfume), deodorant, dan bedak.Ketiga-tiga mekanisma ini memainkan peranan yang berbeza.Deodorant boleh diklasifikasikan sebagai "ubat" yang menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan sehingga membuatkan seseorang itu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai..Maka jika ini tujuan si pemakai maka ia adalah dibenarkan.Begitu juga dengan penggunaan bedak, bau bedak adalah tidak kekal dan ia sekadar untuk sementara..Tetapi,jika bau bedak atau deodorant tersebut kekal lama maka ianya tiada beza dengan wangi-wangian(perfume) justeru ia adalah dilarang kerana ia membawa kepada hukum asal pemakaian wangi-wangian tersebut.Kita perlu lihat kepada tujuan asal hukum tersebut yakni,pemakaian wangi-wangian adalah untuk mencegah dari menarik perhatian bukan mahram sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.Fitnah yang akan menyebabkan diri si pemakai dilihat dari bawah hingga ke hujung kepala dan kemudian berlakunya satu transformasi dalam adrenalin mereka yang menghidunya.Maka sesungguhnya Islam melarang sesuatu itu bersebab dan demi kebaikan semua pihak.

Akhir kata,Islam telahpun menetapkan etika berpakaian dan konsep menutup aurat dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan dan untuk membezakan antara ummat Islam dan yang bukan Islam. Pemikiran yang disuntik dengan anasir-anasir dari musuh Islam ini sedikit sebanyak menghakis imej Islam yang sebenar dalam cara berpakaian.Tidak kira seorang muslimah itu bertuudng labuh atau tiga segi,selagi ia menepati maksud ayat “dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya” maka ia tidaklah menjadi persoalan besar.Apa yang perlu difikirkan ialah berkenaan pemahaman konsep menutup aurat yang disalah fahami kebanyakan muslimah hari ini sehinggakan penutupan aurat tersebut menjadi tidak sempurna.Apakah tujuan asal pakaian tersebut?Adakah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menurut perintahNya atau untuk mencari lirikan mata masyarakat yang hanya bersifat sementara?Renung-renungkanlah.


Wallhua’lam.

Thursday, September 3, 2009

aku dan abg polis!!!

hye suma...hari nie ak nak citer kisah ak gan abg polis.. ak knal abg nie pun waktu ak pulang ke kampung halaman pada tanggal 28/8/09... pada mulanya ak bercadang untk balik ke k.lumpur shaja tetapi dgn cpatnya ak mngubah pendirian untk terus pulang ke kampung....
semasa dalam pjlanan pulang terdpt byak cbran yg terpksa ak lalui... pd pagi jumaat selps ke kelas ak bergegas balik ke kolej untk mgmbil brg... kmudian kwn ak sorg tu ajak g kls bel dlu..tapi ak rsa cam x smpat jer coz tiket ak kul 11...so ak sorg2 jln kuar dari kmpus mnju ke bas stop.....rmai giler yg nak balik....dgn bantuan kwn2 ak smpat sampai ke stesen bas segamat sblum kul 11.... sesampainya di sna ak jdi cgan coz rmai kwn2 yg balik n nmpk ak gan someone....huhu sape2??kwn jer ar...pas nek bas ak borik giler sampai tertido..Maklum ar sorg2 ja...pjlanan yg mgmbil msa yg pnjg itu mlalui gemas, tampin n seremban memeningkan kpla ku...(satu ag terkejut ar x penah smpy pun tmpt tu)....lama punya lama bas tu meluncur di ats jalan raya...maka smapi juga la ke k.l......pjlnan sepatutnya 3 jam mjdi 4 jam kerana bas byk bhenti di phentian.....sampai je ak turun n mnuju ke pudu untk mcari tiket balik...lepas beli ak mnaiki rapid untk ke umah makcik ku... waktu dlm tu ak menerima mesej dari abgku yg mngatakan mahu balik kmpg..ak dgn rasa excitednya nak balik juga... akhirnya ak mnunggu rapid2 pusing ke pudu semula............sesampai ke pudu ak cari tiket untk pulang namun gagal n ak hampir pts asa tapi mybe rezeki ku ada la bas kul 6.30 ptg........dlm bas tu la ak menemui abg polis...
jeng2...bas yg x tahu nama ap ak naik dan dok kat sbelah abg2..(2 jer yg kosong)...masa buka posed lam bas ak x smpat nak beli ap2...tapi dgn baik hatinya abg tu bagi ak ckit air dye...sgan giler tapi dah dhga hentam gak ar....masa lam bas2 dya byk sembang gan ak...ak jdi cam mls nak dgr pun ada...ye ar nak lelap jer dya tanya macam2...tapi pas ak smbg2 sambil berkenalan baru la ak tau dya nie polis penang tapi dak sabah..cakap sabah pekat ar jugak...ap yg snoknya lam bas ak asyik smbg jer gan dy cam dah lma knal jer...dalam sjuk2 dy take care gak ar tnya x cjuk ker? x lapar ke? mcm2 ar..mcm abg ak jer..hehe tapi bhya pkwe org ar...tapi ap2 pun ak hepy dpt kenal abg2...ap2 nanti ak kat penang ad gak ar bodyguard..huhu k ap2 ak respect ar abg tu coz dy bgi byk nasihat kat ak..n akan ak jdikan sbagai panduan jua...

Thursday, August 27, 2009

Malangnya Nas!b HandPhone Nokiaku....


Dalam kedinginan petang angin tiup sepoi2 bahasa suatu kejadian malang yg sudah dapat ku duga..ehh x expect pun nak jadi...sesuatu berlaku dgn sepantas kilatnya sekuat ombak setinggi ombak tsunami dan secepatnya kereta ferari yg slow motion handphone ksygan ku yg dibeli khas utk kegunaan no upax celcom akhirnya diragut oleh tangga dimana tmpat slalu ak menumpang kasih, menongkat dagu dan juga mengelamun akhirnya mjadi tmpat berlakunya kjadian yg x diingini iaitu apabila handphone jatuh dari bangunan yg sngat tinggi di kolej si manja kini.....handphone2 jatuh sbb ak yg lalai kot x pun sbb byk mgelamun...waktuku ak borak2 gan classmate n dgn x sgjanya tanganku mlpaskan handphone di dlm gengamanku ke bwh...ak tercari2 dimana hdphone tu itu?? setelah beberapa saat akhirnya ak terdengar suatu hentakkan yg kuat di lantai groundfloor kolej...ak sungguh terkejut sambil memaparkan riak (ah tidak handphone ak!!!) dlm ati hnya bertwakal supya handphoneku slmat dibawah... ak hnya mampu melihat handphone yg sudah bercerai berai dgn anggota2nya.(talak 3 kot huhu)dan ak berkata dlm hati adakah handphone sgja mahu tinggalkan ak..penatku mjga nya dari kecil lagi..ak berkata kepada classmate ak...handphone ak jatuh la beb nak wat ap ek???(relaks giler)..tapi lps tersedar dari lamunan akhirnya ak turun dari tangga keramat itu dgn lemah lembutnya bersusun lgkah satu persatu mlgkah tangga demi tangga...sesudah sampai ke bawah ak mencari dimana tapak kjadian yg mragut handphone ku itu..setelah pusing punya pusing akhirnya ketemu juga...ak berasa sayu melihat handphoneku di citu..ak mmbuat kputusan mengutip serpihan2 anggotanya untk dijadikan bhan bukti untk ujian dna untk mgeshankan bhwa adakah itu handphone ku...kajian telah dilakukan di meja mcd..ak terkejut n mminta tlg kwn ku untk mncari sebutir pertama untk mghidupkan kmbali handphoneku....setelah suma dikumpul ak memulakan aktiviti menyusun anggota bdn handphoneku...kecederaan ke ats handphoneku tidak lah truk walaupun sudah mlakukan aksi gnas iaitu dgn scara suka rela terjun dari bangunan tanpa alt kslamatan...kcderaan ringan dan memerlukan bandage shja untk menutupi urat2 yg terdedah ke ats bdn hdphoneku itu...slpas itu ak mmbwanya bjumpa tukang urut di penawar ats bumi bawah tanah...(hanya ak jer tau tmpt tu)...dukun di sna mnsihatkan supya mgmbil air yg byk n byk berehat..dan hentikan panggilan n pnghtran n penerimaan mesej slama mana yg mahu la...ats kcedaraan ke ats muka hndphone ku ak terpaksa mggunakan mask free dikasi oleh mpp untk cover..huhu sparuh muka itu hancur n disekitarnya bercalar2...tulang blkg yg cover nywa pun sudah hancur sebelah..ia hidup dgn smgat yg ada shaja n dorongan dariku...k apa2 pun terjadi kpd handphoneku ia masih dapat digunakan..x sia2 ak beli noh..pas ni leh cuba aksi yg lebih hbat...nantikan kmunculan muka baru handphoneku ini....

Wednesday, August 26, 2009

Aku dan diriMU...

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".


Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA