Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan
SometHing Tentang D!r!ku..
- nina_amalynna
- segar amat!!, PeraK + Johor, Malaysia
- namaku ain amalina bt hussin..korang leh call me nina or ain...aku nie kuat mrantau n suka berkwn...ak berasl dari perak penah bersekolah di kedah then further study kat segamat johor..if korang nk kwn gan ak juz find me kat lam fc,ms ker or kat ims johor..
Thursday, December 10, 2009
Di SEbalik terciptanya Perempuan dari Rusuk Lelaki
Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan
Posted by nina_amalynna at 12:15 PM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
Rindu.....
Posted by nina_amalynna at 12:30 PM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
+@PeRkaD..2009.."#
selepas berakhirnya rempuh halangan kami di benarkan balik utk rehat..
pada pukul 4 ptg diadakan acara penutup di dataran sri bendahara...
suma diketuai oleh komander masing2 ar..
pyampaian hadiah di sampaikan oleh sapa ntah x igt n satu lagi x nampaak coz dok blkg..
secara keseluruhan echo mendapatkan hadiah yg byk dari suma acara yg dipertandingkan..
untk ak jpam mdpt tmpt ke2 dlm jln lasak n rempuh hlgn..ad gak ar sorg wakil dari merentas desa n explorace di tmpat ke 10..hhehehe
Posted by nina_amalynna at 1:20 PM 0 comments
MY bez FRenz..frenz 4eva. 4 SEKAWAN..

in that post i want to tell about my beloved friends that i have..
i have 4 best frenz from sekolah rendah until now..
aq syg bangat kat diorg coz banyak tlg ak n bagi ak hepi..
kitaorg nie from sek rendah lagi berkwn baik sejak main handball n netball sama n x lupa hockey...
antara kitaorg berempat ak lah paling rendah tapi bila dah abis sek skunk dah bertukar org..
first skali nama dy nur aida azreen adzhar..atau dikenali sbagi aida..
dy nie macuk sek rndah waktu darjah 6..sama kelas gan ak iaitu kelas 6 anggerik..
dy nie dak shah alam pastu baru pindah kat tempat ak...
ak igt sombong ke ap kan..bila kenal fulamak gila2 beb...
2nd kwn ak nama nezlin natasha.. kitaorg panggil lin or tasya..
dy nie memang asal org sana so dari darjah1 sek sama gan ak cuma lain2 kelas jer..
last sekali nor syakela ibrahim..or kella
dy sama kelas gan ak n aida..just tasya jer klas lain..
tapi ap2 pun kitaorg ttp bersama where ktaorg g...
dy nie mmg pro bab sukan..suma dy sapu abis..
atlet sekolah n olahragawati sekolah yg dikenali suma org lam sek ak tu..


kisahnya ialah....
kat sek rendah dulu kitaorg sma berjuang men handball wakil perak..
then pas jer upsr n mcuk sek men jadi len plak..
nek form1 ak x bersukan n tggal la diorg 3 jer..
gpun antara kami 4 org ak kls yg 1st ar amik arab..
diorg igt ak akn singkirkan diorg if ak kls ats..sory ar kwn ttp kwn x kira la dy tu sapa right??
ak selalu lepak2 n still bhubung gan diorg...
masa ari sukan jer kitaorg berempat akn wat team 4 group ar 4 by 2 ke ap ker...
waktu form 2 diorg pjuk ajak ak men balik,,,that ak pun join men handball n netball..so sama2 la wakil daerah..coach yg latih kitaorg pun tahu yg kitaorg dari sek rndah ag bersama2..hehe
pas jer pmr..result masing2 lain..
ak dapat kls pure sains yg diorg kelas sastera..
yg bestnya ak nie rapat gan suma dak lam sek especially dak sama batch..lam batch ak..ak sorang jer nama ain...ak bercampur gan dak kls ats n hujung...
tapi ak decide nak g teknik...
after g tknik byk benda berubah...
sesuatu terjdi antara kami...disbbkan ak jauh diorg bertiga jrg lagi bersama..
selalu berlaku slh faham antra satu sama lain..
tapi bila ak cuti n balik umah ak akn melawat kwn2 ak..plbagai mslah ak dgar..kdg2 pening pun ad..cni ckp lain sana ckap lain..mana yg btol pun x tau..ak jdi yg tgh2..dua2 ak sokong..
ap2 pun diorg still lyn ak mcm dulu even ak dah g mrantau ke sekolah lain...
tup2 dah spm..pas jer spm ak amik lesen keta..diorg plak g tournment handball kat ipoh..
ak dah lama tgal kan handball so ak x join diorg..
pas2 ak bekerja..masing2 bekerja cari duit poket sendiri ar..
ak gan aida keja kat tmpt yg sama jadi kerani kat pusat tuisyen..
kella plak kat hospital jadi ap ak dah lupa coz ikot kakak dy kat penang..
n tasya lak kat umah jer untk jdi adk dy coz 2 hari sebelum raya waktu tahun lepas mak dy meninggal dunia akibat barah usus...
disebabkan dy anak perempuan yg sulung perlu la uruskan hal dalam umah..
pas sibuk gan hal masing2 kami sempat jugak berjumpa ttpi amat jarang..
tiba lah bulan 6 masing2 dah dapat panggilan dari mana2 ipt n ipts..aida n tasya sambung form jer n coz sastera n kella decide utk x lagi smbg bljar..keadaan fmly x mmbenarkan dy study n jugak maybe dy lbh berminat utk bersukan...
ak juga sekali lagi pergi mrantau jauh dari mereka iaitu dimana sekarang ak berada iaitu uitm segamat,johor...apabila ak balik jer cuti kwn2 ak akn tunggu ak..diorgak ajk ak kuar bersama2..
perangai yg agak gila kami suma gembira..setiap masa dipenuhi dgn glak ketawa kwn2...
ak sayang sgt n rindu bangat kat diorg suma..insyallah ak akn kmbali berjumpa lagi...
Posted by nina_amalynna at 1:15 AM 0 comments
Saturday, October 3, 2009
MeLaka Mari!!!
ari selasa lepas lepas jer kelas kwn2 ak decide nak g wat ic..konon nyer nak g bandar segamat jer ar..
tup tup...ubah fikiran nak g melaka lak gara2 ic punya pasal...
lau nak tau kat melaka 2jam dah leh ciap tp kat segamat seminggu beb...
cita die bermula cam nie...
al kisah 2 rakan baik nie si maira n fatin nak wat ic coz ic diorg dah teruk.
cadangnya diorg nak g bertiga gan nana tapi ak sibuk2 nak ikut...
ak igt nak g segamat jer save bajet ckit...
tapi tiba2 cakap g melaka ak pun ok jer la nak nek bas la konon...
tup2 ak bg cdgan apa kata kita nek keta..so kitaorg pun contact ar kwn kitaorg yg ad keta..so dy on kasi pinjam ap lagi on jer ar...
dari atm b.islam kitaorg jln g ts semata2 nak amik kunci keta n then g kat keta kat blok I..
jauh gila..tapi disebabkan keta kitaorg sanggup...
sesampi jer kat keta ak pun drive ar kuar dari uitm...
pejalanan yg jauh gak ar...
keta yang ak drive ni keta myvi jer warna kelabu..ncd50
yahooo kitaorg berpesta ar lam keta...
lepas jer sejam kitaorg sampai melaka.....spnjg pejlnan ak kusyuk tgk sekeliling..wah cantik gak...
maklum la ist time drive sendiri kat bandar melaka yg bersejarah nih..
maira yg dok belakang keja nak ajak g zoo jer...ak x tau la ap yg besh kat c2..hehe
ist sekali kami p temapt wat ic iaitu jbtn pdftran ngara la..
yg ak kagum kat kwsan situ suma jabatan ad...so senang ar x payah p merata-rata...
wat ic amik masa agak lama..kami sampai dah dkat kul 1..last sekali selesai kul 2 lbih ar..
sementara nak tunggu ic ciap kami p bejalan2 kat dp..dataran pahlawan...sebelom tu p pejabat pos nak beli setem hasil utk ptptn ujung minggu nie..........
diorg ad ar nak cari brg ckit..tapi ak yg x nak beli pape dah terbeli...adoi lesap dwit ak ar...
dok asyik leka shopping lupa yg dah time amik ic.....
bawa keta laju gak ar...coz jauh dari dp nak p sana....huh penat giler..
tgk2 seb bek x tutup ag kami pun org dah x da...
akhirnya misi kami pun terlaksana...
then kitaorg decide x balik ri2 coz ak x berani nak drive mlm2..gpun jln kat tgkak2..faham2 je ar menakutkan...
pas tu ak ajak diorg g kedai member ak kat batu berendam...fuh lamak makan free...kdai kopitiam...kenyang giler...
huhu dah magrib kami pun bertolak ke rumah nenek fatin di padang temu..
kami berehat di situ...seleps isyak kami kuar berjaln2 di melaka bersama someone iaitu gg pkwe nana...dy bawa kami ronda2 melaka...
kami dijemput khas oleh makcik fatin p makan kat chicken rice..
yg bestnya yg p suma dah kenyang..tgk2 yg mai punya la byk makanan..
ak dah la lama x makn my favourite..akhirnya dapat jugak ak habiskan ap yg patut..
lau nak tau kitaorg makan smapi kedai2 nak tutp dah..hehehe
last kali kami p fun fair..fuh lamak ak gan maira nek ap benda ntah tapi tinggi la..hehe yg len dok men dapat anak patung jer...
kami pun balik dah dkat kul 1...
soknya ak kena drive balik segamat awal2 pagi pas subuh coz ad kelas plak pagi2...
walaupun penat ak enjoy gan trip nih.....
last sekali kami p fun fair meh game..p sat ja coz dah lewat..
Posted by nina_amalynna at 2:34 AM 0 comments
Sunday, September 27, 2009
RayE oh Rayer...
sory x dapat nak tunjuk gmbar abg ak lam nie coz dy nak privacy ckit.heheh
i2 cita malam raye ni plak pagi2 raye...
pas sembahyang raye ak pun mula ciap2 pakai jer baju yang ada.. pas2 ap lagi amik photo la..ciap posing lagi kami adik beradik..
nie abg ak..tiap2 kali rayer msti baju melayu dy x matching gan kitaorg..
nie adik ak yg bawah ak...
hehe sapa nie>>?? ni nina la...tuan punya blog..hik3
2 suma adik beradik ak..gmbar parent 2nggu dan lihat ar t..
ni baru kisah ak n adk beradik jer..2nggu je yg next kish ak n geng n kwn2 ak di sana...
Posted by nina_amalynna at 9:01 AM 0 comments
-**17 September 2009**@-balik kamPung!!
pada tarikh ini lah ak kembali pulang ke kampung halaman..
tapi yang x besh nyer tiket nak balik malam...so pagi2 and malam bfore2 ak sorang2 jer..
roomate ak dah balik..borik gler...tp seb bek assignment yg teman ak.
tup tup dah petang..alamak cuaca wat hal lak..
hari tu sunyi sangat coz dah ramai yang balik..
wing 3a yg lekang msa minggu balik kampung maklum la dah nak raya...
huhu ada bape org jer lagi yg tinggal..sunyi bangat...
sampai la kul 5 ptg macam2 ak kuar dari bilik 313A utk pulang ke kg....
banyak gak ar bawa balik barang..3 beg iaitu beg laptop, handbag n beg roda..
lama gak ar nak turn pas2 tunggu kwn2 kat pndok pgwl dkat gan uptown..diorang ag jauh coz
dok zamrud..disebabkan ujan lebat diorng kena jelajah intan dulu baru la sampai...
lama punya 2nggu diorang smpay gan muka seposen nyer dah ar lmbat boleh glak2 pulang,,,
pas2 kami bertiga pun bjlan la smpai ke phentian bas n jumpa ag lagi kwn yg nak balik sekali..
nak ikutkan ati x nak nek bas kuning maklum la byk brg tapi dah tu jer yg ad terpaksa gak ar...
naek punye nek bas penuh tapi seb bek dtg tmpat duduk...
sesampai kami ke phentian bas segmat..wahhh banyak giler bas..:) nama pun hentian bas kan,,haha
1st sekali kat c2 kami g ats menemani upin g beli mknan buka coz die kna nek bas kul 6..sok buka lam bas ar..yg kami berempat still lepak ag coz kul 8 baru gerak...
pas antaq n tgk upin nek bas baru kami ke restoran ke gerai kat ats stesen bas untk mnggu waktu berbuka...
kami pun pilih salah satu kdai untk buka pose...jeng2 kami terjumpa sorang mamat nie yg mrupakan classmate gak la dak e6...nama die din..apa lagi just join dy ar..teman dy coz sorang2 jer cian gak ak tgk dy..tapi dy lyn laptop glak sorg2 lagi la...
borak punya borak sampai la mknan dah smpai pun x sdar....pas bebuka kami pun tunggu bas..
bas sampai on time 2 yg ak suka..ati nak x nak jer balik..
nak katakan kat c2 penuh x da sgt besa jer..tapi yg ramai abg2 encem jpj...hehe
ak lam bas dok gan si mamat nie..belly coz kami 4 org ja pun..
nie lak elyn gan wanie dok kerusi depan ak...
ak lam bas cepat express nak nalik perak..lbih kurang 10 jam dok lam ni baru sampy..
alhamdulilah selepas 8 jam pjlnan kami tiba la di ipoh..elyn, wanie n belly pun blah ar..tinggal
ak jer sorang2 lam bas...tmpat ak jauh lagi...
tepat kul 5.30 pagi ak sampai di perhentian bukit merah..ak turun di c2 untk mnuggu mak ak
amik la...fuh lamak ramai giler..penuh siot maklum la masing2 nak sahur..
k la tamat sudah cita ak pjlanan pulang ke kg...
Posted by nina_amalynna at 5:17 AM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM
Pada asasnya, hukum bercinta adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr.Yusuf Al-Qardhawi)
Posted by nina_amalynna at 2:23 AM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Sebarkanlah salammu..
Wahai teman
sekalian...sebarkanlah
salammu, kepada
saudara muslimmu...
dengan mengucapkan
" Assalamu'alaikum"..maka
tercatatlah satu kebajikan
dalam kehidupan seharian kita.
Dari Abu Hurairah radhi-
yallahu'anhu berkata bahwa'
Rasulullah shallal-lahu'alaihi
wasallam bersabda:
Tidak mahukah kita mendoakan
kesejahteraan hidup sesama kita?
Secara tidak lansung, kita dapat
merapatkan jurang antara kita...
Maka berilah salam dan jawablah
salam yang diberi. betapa indahnya
Islam, mendidik ummatnya agar
saling mendoakan kesejahteraan
hidup sesama muslim dan
menjaga hak sesama
kita......
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by nina_amalynna at 10:15 AM 0 comments
SEmpena Bulan Posa NAk Citer Ckit ALAsan Org X Posa
-# ini lah alasan paling popular dulu, skunk dan selamonya..
pado hal skunk ni dah ad ubat pun..diorg ni amik ksempatan jer..
-# Tak Sahur
Kononnya kalau x sahur perut leh tahan lapor.. benda nie gara2 dok lpak2 dan tido lambat..dah tau tidok lwt makan la ciap2..ap la pastu nak slh kan org dy x bgun sahur..
-#Lupa
saja wat lupa atau mls nak posa..mklum la nak pose ni byk hal btul padahal satu dunia dah tahu bilo nak mula pose...
-# Tidur
bulan pose nie suma org suka tido kalau boleh atu ari memanjang jer tido...sampai x sdar dah berbuka..selalu nya lau tido makruh pose..lau macam2 bek x yah pose
-# Tak Cukup Umo..
ni alasan yg paling ngada2 la..umo dah lanjut pun kata x ckup ag..ish2 ap nak jdi gan bdak zaman skunk..asyik nak skip jer..
-# Kerja Teruk..
ni gara keja berat la ni..cam student kat cni keja berat dye assignment ar x pun perah otak giler2 untuk test or quiz...hehe tapi x dak ar sampai ponteng pose kot..
-# lastly tak Sengaja
seperti terkorek taik idung atau maso mandy terminum air..
iyo la dah tau x sngja x pe ar..ni tgk2 dah makn nasik kat blkg..ish2 dalam diam2 ada gak keja dy wat..
Posted by nina_amalynna at 7:31 AM 0 comments
Kemaafan daripada hambaMu...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Salam kemaafan dari insan yang jauh moga kawan2 memaafi sgala kesalahan selama kita berkwan........
Posted by nina_amalynna at 7:09 AM 0 comments
SALAM lebaran utk semua....
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat Menyambut Bulan Syawal Yg akan Tiba tak Lama Lagi..
MAaf Zahir Batin...
Posted by nina_amalynna at 6:59 AM 0 comments
`*7 ways to Improve Your Relationship with the Qur'an!#
1. Before you touch it, check your heart.The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.
2. Do your Wudu (ablution).Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.
3. Read at least 5 minutes everyday.Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
4. Make sure you understand what you’ve read.Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.
5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
6. Don’t just read; listen too.There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.
7. Make Dua (supplication).Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.
p/s:copied from Facebook:I'm Muslim & I'm Proud
Posted by nina_amalynna at 6:40 AM 0 comments
AWAS DISERANG VIRUS!!!
Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan.
Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Posted by nina_amalynna at 6:37 AM 0 comments
Suatu kisah...
semalam ku lihat sepasang kekasih..
Posted by nina_amalynna at 6:30 AM 0 comments
# PAnTun MAt!%
Posted by nina_amalynna at 6:16 AM 0 comments
PERKARA YANG KORANG X LUPA BUAT DI BULAN PUASA
*Mintak cuti panjang2..wat surat la apa la...kalau boleh 1 bulan nak raya
*Beli tiket balik kampung, kalau beli last minit kompom kena raya kat segamat nie..korang nie satu hal gak ar beli tiket awl and abis pun tarikh awl2 so ada gak amik ksempatan skip kelas.. lecturer yg x ksh x pe..lau yg straight tu abis la lau test last2 minute...
* mengunci alarm jam henpon atau jam meja lebih kurang sekitar jam 4 pagi untuk bangkitkan sahur.. kalau kat cni bukannya kul4 tapi kul 5 n lbih2...bab kejutkan kadang pesan jer gan roomate x pun dak2 wing kejut ketukkan pintu...dak2 boy slalu diorg akn tido pas sahur coz pyh bangun..liat la almaklum..x pun ada la yg pesan2 kat kwn gurl or gf diorg kjutkan...
* setiap ari mghitung berapa hari lagi nak puasa nak abis..diorg hitung coz x sabar nak raya and satu ag nak cuti...
*dah jadi trend kat cni bila jer bulan pose ramai ar kuarkan bakat yg terpendam..tau x ap?? bakal jadi salesman or woman ar...mentang2 ad cost business..x ckup gan kat bazar diorg wat trip dari stau bilik ke bilik...yg paling banyak iklan2 kat notice board...x abis2 kuih raya..tudung,baju and mcm2 ar...bab kat bazar x yah cakap ar...org yg sama jer dari awl ramadhan sampi abis kot..mknan pun dah jemu n x tahu nak mkn ap...so pk2 kan la menu2 setiap hari menu yg berbeza baru ada umph...
*x lupa gak mencari buah kurma untuk berkat buka pose la...bagi ak kurma ak import dari umah ar..kat cni x tahu nak beli jnis yg mcm mana...hehe ap2 before buka elok lah mkn kurma dulu...
* zaman dah maju teknologi dah canggih..dekat2 nak raya nie ada jer yg memekak buka lagu lagu x kira ar pagi petang subur tgh mlm pagi2 buta..besa ar duk jauh gan family exticed sgt nak balik raya...satu ag... kalau boleh suma henpon tukar lagu raya...
*last sekali yg selalu korang mls sgt nak wat bulan pose iaitu terawih ar..ada jer alsan nak kasi..itu la ini la gara2 x nk g terawih..
Posted by nina_amalynna at 4:56 AM 0 comments
Friday, September 4, 2009
Tudung Labuh Vs. Tudung 3 Segi

Kewajiban menutup aurat diketahui dan diimani setiap muslim hatta sejauh mana jua lemahnya iman seseorang itu.Apa yang menjadi persoalan kini ialah cara penutupan aurat tersebut yang menjadi pertikaian dan salah faham di kalangan beberapa pihak.Kewajiban menutup aurat jelas melalui firman Allah yang jelas:-
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Tidaklah seseorang itu diganggu jika aurat mereka ditutup dengan sempurna seperti mana mengikut kehendak Rabb yang menciptakanNya.Perkara ini berlaku juga kerana pakaian muslimah kini kebanyakannya tidak lebih hanya untuk perhiasan dan tatapan umum semata,hatta aurat mereka telahpun ditutup sempurna,masih ada kriteria pemakaian yang tidak dipenuhi menjadi faktor kepada gangguan tersebut. Ini tidak menjadi lesen untuk mereka memperlihatkan perhiasan luaran mereka kerana telah termaktub bahawa “Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka.” Secara umum kandungan ayat ini juga mencakup pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum laki-laki melirikkan pandangan kepadanya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 33 :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti oang-orang jahiliyah.”
Juga berdasarkan sabda Nabi :
“Ada tida golongan yang tidak akan ditanya yaitu, seorang laki-laki yang meninggalkan jamaah kaum muslimin dan mendurhakai imamnya (penguasa) serta meninggal dalam keadaan durhaka, seorang budak wanita atau laki-laki yang melarikan diri (dari tuannya) lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya, padahal suaminya telah mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia bertabarruj. Ketiganya itu tidak akan ditanya.”
(Ahmad VI/19; Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad).
Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan syahwat laki-laki.
Dapat kita lihat dari permasalahan ini bahawa konteks menutup aurat ini harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
3.Tudung See Through
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
4.Tudung Jambul
-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
5.Tudung Singlet
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
6.Tudung Saji
-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.
"Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya."
Wallhua’lam.
Posted by nina_amalynna at 9:46 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
aku dan abg polis!!!
hye suma...hari nie ak nak citer kisah ak gan abg polis.. ak knal abg nie pun waktu ak pulang ke kampung halaman pada tanggal 28/8/09... pada mulanya ak bercadang untk balik ke k.lumpur shaja tetapi dgn cpatnya ak mngubah pendirian untk terus pulang ke kampung....
semasa dalam pjlanan pulang terdpt byak cbran yg terpksa ak lalui... pd pagi jumaat selps ke kelas ak bergegas balik ke kolej untk mgmbil brg... kmudian kwn ak sorg tu ajak g kls bel dlu..tapi ak rsa cam x smpat jer coz tiket ak kul 11...so ak sorg2 jln kuar dari kmpus mnju ke bas stop.....rmai giler yg nak balik....dgn bantuan kwn2 ak smpat sampai ke stesen bas segamat sblum kul 11.... sesampainya di sna ak jdi cgan coz rmai kwn2 yg balik n nmpk ak gan someone....huhu sape2??kwn jer ar...pas nek bas ak borik giler sampai tertido..Maklum ar sorg2 ja...pjlanan yg mgmbil msa yg pnjg itu mlalui gemas, tampin n seremban memeningkan kpla ku...(satu ag terkejut ar x penah smpy pun tmpt tu)....lama punya lama bas tu meluncur di ats jalan raya...maka smapi juga la ke k.l......pjlnan sepatutnya 3 jam mjdi 4 jam kerana bas byk bhenti di phentian.....sampai je ak turun n mnuju ke pudu untk mcari tiket balik...lepas beli ak mnaiki rapid untk ke umah makcik ku... waktu dlm tu ak menerima mesej dari abgku yg mngatakan mahu balik kmpg..ak dgn rasa excitednya nak balik juga... akhirnya ak mnunggu rapid2 pusing ke pudu semula............sesampai ke pudu ak cari tiket untk pulang namun gagal n ak hampir pts asa tapi mybe rezeki ku ada la bas kul 6.30 ptg........dlm bas tu la ak menemui abg polis...
jeng2...bas yg x tahu nama ap ak naik dan dok kat sbelah abg2..(2 jer yg kosong)...masa buka posed lam bas ak x smpat nak beli ap2...tapi dgn baik hatinya abg tu bagi ak ckit air dye...sgan giler tapi dah dhga hentam gak ar....masa lam bas2 dya byk sembang gan ak...ak jdi cam mls nak dgr pun ada...ye ar nak lelap jer dya tanya macam2...tapi pas ak smbg2 sambil berkenalan baru la ak tau dya nie polis penang tapi dak sabah..cakap sabah pekat ar jugak...ap yg snoknya lam bas ak asyik smbg jer gan dy cam dah lma knal jer...dalam sjuk2 dy take care gak ar tnya x cjuk ker? x lapar ke? mcm2 ar..mcm abg ak jer..hehe tapi bhya pkwe org ar...tapi ap2 pun ak hepy dpt kenal abg2...ap2 nanti ak kat penang ad gak ar bodyguard..huhu k ap2 ak respect ar abg tu coz dy bgi byk nasihat kat ak..n akan ak jdikan sbagai panduan jua...
Posted by nina_amalynna at 8:36 AM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Malangnya Nas!b HandPhone Nokiaku....
Posted by nina_amalynna at 5:07 AM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
Aku dan diriMU...
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA
Posted by nina_amalynna at 4:46 AM 0 comments